Saturday, November 20, 2010

Nama domain (Domain name)

Saya di tanya tentang website gotunetalk.com yang saya guna untuk promosi program affiliate Tone Excel-Tune Talk. Persoalan yang selalu di tanya ialah macam mana nak dapatkan nama website sendiri .com .biz dan sebagainya. Juga bagaimana nak dapatkan hosting atau tapak untuk website.

Sebelum itu, saya ambil teks dari wikipedia mengenai definasi nama domain atau domain name ini :
A domain name is an identification label that defines a realm of administrative autonomy, authority, or control in the Internet. Domain names are also hostnames that identify Internet Protocol (IP) resources such as web sites. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System (DNS).

Dalam kata lain, nama domain ini akan sentiasa unik atau tidak akan ada dua nama domain yang sama, Nama domain perlu di daftarkan dan atas dasar "siapa cepat dia dapat"  Saya pernah lalui situasi dimana saya memiliki domain efulus.ws  dan beberapa bulan selepas itu ingin mendaftarkan nama domain efulus.com, tetapi dapati telah di daftarkan kepada seseorang dari Beirut, Lebanon, beberapa bulan setelah saya guna domain efulus.ws

Ok lah. Itu hanya sedikit pengenalan tentang nama domain. Bagi yang ingin memiliki nama domain yang dirasa unik, cantik dan ada nilai komersial, nostalgia atau sebagainya, bolehlah mendaftar nama domain di kotak carian nama domain di blog saya ini. Hosting juga di sediakan sekali.

Mungkin ada yang bertanya macam mana nak tau siapa pemilik nama domain sesuatu website. Untuk pertanyaan itu, boleh la layari sini, http://whois.domaintools.com/  dan taip nama domain yang hendak di lihat, misalnya, gotunetalk.com, alammall.com,  atau apa saja. Jika cari website percuma seperti blogspot ini, carian whois hanya akan memaparkan pemilik blogspot dan bukan penggunanya.

Sehingga di lain masa.





Friday, November 12, 2010

MALAYSIA BAKAL LAKSANAKAN FORMAT BARU PERKHIDMATAN TELEFON SELULAR DENGAN 3 + 8

Cyberjaya, 2 November 2010, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia kini di dalam proses melaksanakan nombor telefon selular dengan format baru iaitu 3 + 8.

Pengumuman tersebut dibuat pada satu sesi taklimat kepada pihak industri, badan-badan kawalselia, pihak media, forum-forum pengguna dan pihak yang berkaitan bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap perlaksanaan format baru perkhidmatan telefon selular ini.

Nombor telefon selular baru tersebut bermula dengan prefik-011 dan diikuti oleh lapan digit nombor pelanggan, iaitu 011 1XXX XXXX, akan dilancarkan pada 15 Disember 2010.

Ini merupakan langkah perancangan jangka panjang SKMM setelah mengambil kira jumlah nombor bagi perkhidmatan telefon selular sedia ada iaitu format 3 + 7, semakin berkurangan dan tidak mampu menampung permintaan industri pada masa hadapan. Perlaksanaan ini juga ekoran dari perkembangan terkini dengan peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan yang bakal diperkenalkan hasil dari perkembangan teknologi telekomunikasi.

Rujuk gambarajah di bawah:





Artikel rujukan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)



Feedage Grade D rated